Allah berfirman:
“Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah
Bani Israil, ayat 72).
Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati
yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman
Allah:
“Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”.
(Surah Hajj, ayat 46).
Hati menjadi buta disebabkan oleh kelalaian, yang membuat
seseorang lupa kepada Allah dan lupa kepada kewajipan mereka, tujuan
mereka, ikrar mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada di dalam
dunia. Sebab utama kelalaian adalah kejahilam terhadap hakikat (kebenaran)
undang-undang dan peraturan Tuhan. Apa yang menyebabkan seseorang itu
berterusan di dalam kejahilam ialah kegelapan yang menyeluruh menutupi
seseorang dari luar dan sepenuhnya menguasai batinnya. Sebahagian daripada
nilai-nilai itu yang mendatangkan kegelapan ialah sifat-sifat angkuh,
sombong, megah, dengki, bakhil, dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan
lain-lain sifat keji. Sifat-sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan
Tuhan yang sangat baik sehingga jatuh kepada tahap yang paling rendah.
Untuk membebaskan seseorang daripada kejahatan itu dia perlu
menyucikan dan menyinarkan cermin hatinya. Penyucian ini dilakukan dengan
mendapatkan pengetahuan, dengan beramal menurut pengetahuan itu, dengan
usaha dan keberanian, melawan ego diri, menghapuskan yang banyak pada diri,
mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan sehingga hati menjadi hidup
dengan cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi hati yang
suci akan melihat hakikat sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada dirinya.
Hanya selepas itu baharu kamu ingat akan kediaman kamu yang
sebenar yang darinya kamu datang. Kemudian kamu akan ada rasa kerinduan dan
keinginan untuk kembali kepada rumah kediaman yang sebenar, dengan
pertolongan Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kamu akan menyatu
dengan-Nya.
Bila sifat-sifat kegelapan terangkat cahaya mengambil alih
tempatnya dan orang yang memiliki mata rohani akan melihat. Dia mengenali
apa yang dia lihat dengan cahaya nama-nama sifat Ilahiah. Kemudian dirinya
dibanjiri oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya. Cahaya ini masih lagi
hijab menutupi cahaya suci Zat, tetapi masanya akan sampai bila ini juga
akan terangkat, yang tinggal hanya cahaya suci Zat itu sendiri.
Hati mempunyai dua mata, satu yang sempat dan satu lagi yang
luas. Dengan mata yang sempat seseorang boleh melihat kenyataan sifat-sifat
dan nama-nama Allah. Penglihatan ini berterusan sepanjang perkembangan
kerohaniannya. Mata yang luas melihat hanya kepada apa yang dijadikan
kelihatan oleh cahaya keesaan dan yang esa. Hanya bila seseorang sampai
kepada daerah kehampiran dengan Allah dia akan melihat, di dalam alam
penghabisan bagi kenyataan Zat Allah, Yang Esa dan Mutlak.
Bagi mencapai makam-makam ini ketika masih di dalam dunia, di
dalam kehidupan ini kamu mestilah membersihkan diri kamu daripada
sifat-sifat keduniaan, yang ego dan keegoan. Jarak yang kamu mengembara di
dalam kenaikan kamu ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada sejauh
mana kamu mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri
kamu.
Pencapaian kamu kepada matlamat yang kamu inginkan bukanlah
seperti barang kebendaan sampai ke tempat kebendaan. Ia juga bukan ilmu
yang membawa seseorang kepada sesuatu yang menjadi diketahui (daripada
tidak tahu), juga bukan pertimbangan yang memperolehi apa yang difikirkan,
bukan juga khayalan yang menyatu dengan apa yang dikhayalkan. Matlamat yang
kamu ingin capai ialah kesedaran tentang ketiadaan (kekosongan) kamu
daripada segala sesuatu kecuali Zat Allah. Pencapaian ini adalah perubahan
suasana yang terjadi, bukan perubahan pada sesuatu yang nyata. Di sana
tiada jarak, tiada dekat atau jauh, tiada kesampaian, tiada ukuran, tiada
arah, tiada ruang.
Dia Maha Besar, segala puji untuk-Nya. Dia Maha Pengampun.
Dia menjadi nyata dalam apa yang Dia sembunyikan daripada kamu. Dia
menyatakan Diri-Nya sebagaimana Dia melabuhkan tirai di antara Dia dengan
kamu. Pengenalan tentang Diri-Nya tersembunyi di dalam ketidakupayaan
mengenali-Nya.
Jika ada di antara kamu yang sampai kepada cahaya yang
diterangkan dalam buku ini ketika kamu masih lagi berada di dalam dunia,
buatlah muhasabah (hisab) terhadap diri kamu, buku catatan kamu tentang
amalan kamu. Hanya di bawah cahaya kamu boleh melihat apa yang kamu sudah
buat dan sedang buat; buat kiraan kamu, seimbangkannya. Kamu akan membaca buku
catatan kamu di hadapan Tuhan kamu pada hari pembalasan. Itu adalah
muktamad. Kamu tidak ada peluang mengimbanginya di sana. Jika kamu lakukan
di sini ketika kamu masih ada masa, kamu akan termasuk ke dalam golongan
yang diselamatkan. Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian kamu di
akhirat. Hidup ini akan berakhir. Di sana ada azab di dalam kubur, ada hari
pembalasan, ada neraka yang menimbang sehingga kepada dosa yang paling
kecil dan kebaikan yang paling kecil. Kemudian ada jambatan yang lebih halus
daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang, penghujungnya ialah
taman, sementara di bawahnya ialah neraka yang penuh dengan kecelakaan,
penderitaan, semuanya adalah berkekalan apabila kehidupan yang singkat ini
berakhir.
|