MAQAM AN-NAFS
Dalam perjalanan hidup di dunia ini,fizikal kita
melalui peringkat-peringkat atau maqam-maqam iaitu peringkat bayi,
peringkat kanak-kanak, peringkat muda dan peringkat tua. Demikian juga roh
itu melalui peringkat-peringkat evolusi atau maqam yang tertentu.
Perkataan Arab bagi maqam itu ialah maqam
(banyak: maqamat) yang bererti tempat berhenti dan berehat sebentar, tempat
kediaman, wisma, tinggal, kehormatan, jabatan, keadaan, nada muzik dan
soalan. Sebenarnya pendudukan maqam oleh roh adalah semuanya itu dan
kadang-kadang lebih daripada itu.
Maqam roh itu dimasuki pada waktu lahir lagi,
dan seluruh hayat ini menduduki satu daripada maqam-maqam tersebut,
miskipun ada peralihan dari satu maqam ke maqam yang lain. Susunan itu dari
bawah keatas adalah seperti berikut:
Maqam an-nafs
= Maqam egotisma ( maqam nafsu )
Maqam al-qalb
= Maqam hati
Maqam al-roh
= Maqam roh
Maqam as-Sirr
= Maqam rahsia (ketuhanan)
Maqam al-Qurb
= Maqam kehampiran (dengan ALLAH)
Maqam al-Wisal
= Maqam kesatuan (dengan ALLAH)
Dari semenjak lahir kita sentiasa berjuang dan
berusaha memajukan roh. Kemajuan dalam usaha ini boleh ditanda dan diukur
dengan merujuk kepada maqamat (maqam-maqam) tersebut. Memang bukan semua
orang mencapai maqam itu. Dan bukanlah badan yang mengembara disitu tetapi
roh.
Roh itu juga bermaksud nafas ALLAH, malaikat
Jibril, Al-Qur’an, Wahyu dan kenabian. Menurut orang sufi, roh itu adalah
zat hidup, bukan badan atau otak dengan fikiran dan ingatannya, bukan juga
proses-proses hayat ini. Roh mempunyai wujud tersendiri yang datang dari ALLAH
dan milik ALLAH semata-mata.
Apabila kita bertanya apakah rasanya buah
delima, “maka jawabnya ialah rasanya seperti rasanya juga”. Jawapan itu
tidak cukup untuk memuaskan hati, tetapi kerana keunikan dan tersendiri
keadaannya, rasanya juga tidak dapat untuk diumpamakan dengan rasa-rasa
yang lain. Demikian juga dengan roh.
Roh atau zat itu dapat dibuktikan wujudnya
melalui penzahiran atau manifestasinya. Kita ambil contoh iaitu ‘tarian’.
Tarian wujudnya tidak secara konkrit (dapat dilihat, disentuh, dan
sebagainya). Ia lahir dalam bentuk rentak, tempo, corak, gerak-geri dan
sebagainya. Begitulah perumpamaan tarian dan penarinya. Roh dan jasad. Roh
manusia memerlukan penzahiran (rentak dan corak) untuk terzahir dalam alam
fizikal (jasmaniah). Roh itu berbeza dari nafas. Nafas ialah tenaga
ketuhanan yang menggiat atau mengerakkan fenomena atau kejadian jasmaniah
dalam badan termasuk proses mental. Roh itu lebih tinggi darjatnya dari
nafas dan lebih dekat dirasai.
Matahari, batu api, mancis dan sebagainya ada
zat api padanya. Semuanya ada zat yang sama, tetapi bentuk fizikalnya
berbeza-beza, dan setiap satu terletak di peringkat evolusi berbeza iaitu
maqam yang berbeza. Hakikat zat api itu ialah sebahagian dari Nur ALLAH
(cahaya ALLAH)
Setiap manusia ada roh, tetapi roh seseorang itu
tidak sama dengan roh seorang yang lain. Seorang yang kufur tidak sama
dengan seorang Waliyullah. Ada roh yang lebih suci daripada roh yang lain.
Setiap orang lahir dalam “maqam nafsu” dan
inilah maqam yang pertama dalam hidup di dunia ini. Bayi yang hanya hendak
memenuhi keperluan jasmaniahnya semata-mata. Dan memerlukan makanan dan
minuman, perlu digendung. Dia akan menangis untuk menyatakan kehendaknya.
Dia tidak tahu akibat perbuatannya. Bayi memecahkan sesuatu benda yang
dianggap sangat bernilai oleh orang dewasa dan dia ketawa melihat keadaan
itu.
Seseorang dalam pertumbuhan awal hanya
semata-mata mementingkan hawa nafsu kehaiwanannya, makan minuman dan segala
jenis ransangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan ALLAH yang
diperlukan oleh mereka. Bayi dan kanak-kanak di pasaraya dengan sengaja
memecahkan barangan yang dipamerkan di situ, orang tidak marah. Tetapi
sekiranya orang dewasa yang melakukan dengan sengaja perbuatan yang
sedemikian pastilah tindakan akan diambil keatasnya.
Dalam maqam nafsu, daya pertimbangan akan dan
pemikiran belum maju lagi. Daya ini datang kemudian. Dalam proses
pertumbuhan anak itu, ibu bapanya atau masyarakat sekeliling biasanya
memberi pengaruh kepada perangainya. Dengan kata lain, anak itu berlajar
mengikut sifat-sifat yang tertentu. Siapa yang menyimpang daripada jurusan
itu akan ditentang dengan pelbagai halangan yang menyusahkan.
Adalah perkara biasa dan memang difahami bahawa
kana-kanak memang berada dalam peringkat maqam nafsu ini. Sebagai mana
kanak-kanak itu membesar dan merangkak, badan bertambah matang, tindakan
fizikal bertambah licin, maka bergitu jugalah kita mengharapkan rohnya
berkembang maju dan meningkat ke atas melebihi maqam nafsu itu.
Al-Qur’an menerangkan cara-cara bagaimana
memajukan dan mempertingkatkan roh. Cara hidup yang ditonjolkan oleh
Al-Qur’an itu digelar As-Sirat al-Mustaqim (jalan yang lurus)
Bagi orang sufi, tujuan hidup ini ialah
mengembara menuju kepada ALLAH. Untuk berbuat demikian hendaklah dengan
cara yang munasabah dan boleh membawa kejayaan dan juga yang paling cepat
sampai. Oleh itu, jalan lurus adalah jalan yang paling dekat antara dua
tempat- maqam an-nafs dengan maqam al-Wissal (iaitu maqam kesatuan dengan
ALLAH). Paling dekat dan paling cepat sampai.
Ramai orang yang telah dewasa dan tua bangka
tetapi rohnya masih diperingkat maqam an-nafs. Orang seperti ini tidak
pernah merasa puas dan tidak pernah merasa kenyang untuk memenuhi kehendak
nafsu. Jika manusia berapa terlalu lama dalam peringkat ini, ia boleh
menimbulkan banyak penyakit emosi dan fizikal yang teruk. Ketakutan,
keresahan batin, keraguan pada diri sendiri, mementingkan diri sendiri,
akal tidak siuman, menangis tanpa sebab, putus asa, penyakit saraf,
penyakit jantina, membunuh diri – semuanya penyakit emisi yang berkaitan
dengan “maam an-nafs”, jika seorang itu berada terlalu lama dalam maqam ini
hingga ke tua.
Penyakit fizikal yang bersangkutan dengan “maqam
an-nafs” kadang-kadang berlaku serentak dengan penyakit-penyakit emosi dan
psikologi. Tetapi bagi badan akibat terlalu lama dalam peringkat ini
akhirnya boleh menimbulkan penyalahgunaan dadah, ketagihan arak, jenayah,
terlalu gemuk, hypoglycemia, buta dan penyakit mata, demam kuning, penyakit
jantung, penyakit kelamin dan kanser. Keadaan ini akibat daripada kegagalan
mengawal dengan sempurna satu atau lebih fungsi-fungsi nafs badaniah.
Mungkin orang tidak percaya dan berkata bahawa dia mengenali seorang yang
sangat baik akhlaknya tetapi mengidap penyakit lemah jantung. Dengan
mengetahui maqam-maqam selanjutnya berkenaan evolusi roh (perjalanan roh)
akan menjelaskan perkara ini sepenuhnya.
Cara untuk melepaskan diri dari maqam an-nafs
dan maju lagi ketingkat yang lebih atas ialah mendisiplinkan dan melatih
egi diri dan nafsu. Ini bererti mempertingkatkan kuasa iradat,
tanggungjawab, pertimbangan akal, belas kasihan dan sopan santun, dan
lain-lain sifat yang baik. Apabila seseorang itu mendapat mengawal nafsu
dan meniggalkan peringkat maqam itu, ia akan sampai ke “maqam al-qalb” atau
maqam hati.
MAQAM AL-QALB
Perkataan Arab bagi hati ialah “QALB”. Perkataan
ini mempunyai maksud yang luas dan mulia iaitu hati, fikiran (minda) roh,
kefahaman, akal (intelek), intisari, tulang sumsum, tengah, bahagian yang
paling baik dipilih, teras, tulin dan suci. Qalb itu juga membawa makna
susunan, menukar keadaan atau menjadi. Bagi orang sufi, hati itu adalah
alat atau cara di mana mlaluinya semua perubahan itu terjadi.
Mereka yang menduduki (maqam hati) memiliki
kebaikan. Mereka berasa baik tentang diri dan alam ini. Orang dalam maqam
ini akan berkata, “Aku hendak membuat yang baik-baik saja dalam dunia ini.
Aku mencintai alam semula jadi dan akan menerima semua orang. Alagkah
indahnya kehidupan ini !”
Memandangkan sikap yang baik terhadap hidup ini,
mungkin kita menganggap orang dalam “maqam al-qalb” ini tidak ditimpa
penyakit. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Orang dalam maqam ini masih boleh
diserang oleh ketidak seimbangan emosi dan fizikal dan juga spiritual
(kerohanian). Penyakit emosi dan roh ini termasuklah tidak boleh menumpukan
fikiran (kosentrasi), lupa, takut gagal, kemunafikan jenis tertentu, emosi
yang melampau seperti ekstasi (tidak sedar diri), perasan putus asa,
seronok dan marah yang melampau, sombong dan tidak perduli perasaan orang
lain.
Miskipun adanya aspek yang positif dalam maqam
ini, namun ia masih dalam maqam kedua dalam perjalanan roh. Peringkat ini
menimbulkan pergolakan emosi yang hebat, seperti perceraian antara suami
isteri atau masalah perhubungan dengan orang lain, dan juga kesukaran dari
segi kewangan. Ini disebabkan orang itu merasai tekanan ekstasi (dzauk)
iaitu perasaan keghairahan baru yang menguasai kehidupan seseorang itu.
Ramai rakan yang baik dengan orang itu sebelum ini tidak lagi setuju dengan
pendapatnya dan bertambah rengganglah persahabatan mereka kerana timbul
berbagai-bagai perselisihan faham dan sebagainya, setelah dia sampai ke
maqam hati ini. Ramailah saudara dan kenalannya yang tidak mahu bercampur
dengannya lagi.
Ada juga terjadi masalah fizikal pada
orang-orang dalam peringkat ini. Penyakit dalam peringkat ini sangat teruk,
kerana badan sedang melalui proses pembersihan dan dalam proses membuang
racun dan benda-benda yang tidak berguna yang terkumpul dalam peringkat
sebelumnya. Oleh itu penyakit orang dalam maqam al-qalb ini ialah sakit
kepala, rasa hendak muntah, sakit-sakit dan lenguh seluruh badan, keracunan
badan (pecah-pecah kulit, penyakit kulit kepala), demam, sakit pada pundit
hempedu dan sakit buah pinggang.
Penyakit dalam maqam an-nafs biasanya sangat
teruk dan selalunya tidak dapat disembuhkan, tetapi dalam maqam al-qalb,
badan itu sendiri merawat dan menyembuhkan penyakit itu. Hamper semua
adalah tanda-tanda satu atu lebih jenis krisis penyembuhan yang dilalui
oleh badan dalam menyembuhkan dirinya sendiri. Proses ini mungkin tidak
digemari tetapi faedahnya besar.
Adalah sukar mengembara terus ke maqam-maqam
yang lebih tinggi lagi jika tidak ada guru yang benar-benar mursyid. Di
bawah pimpinan guru, kita boleh bergerak terus keperingkat yang atas lagi
iaitu “maqam ar-roh” (maqam roh), dengan mengikut pelbagai amalan untuk
memajukan sifat-sifat kasih sayang, pertimbangan dan disiplin diri hingga
ketahap kesempurnaan.
MAQAM AL-ROH
Tidak syak lagi maqam al-roh ini ialah peringkat
yang diberkati, dan orang yang menduduki peringkat ini dilihat oleh orang
lain sebagai orang yang berwatak cinta dan bersifat ketuhanan, tetapi masih
ada lagi ketidak seimbangan fizikal dan emosi, yang mana adalah sebahagian
daripada alat atau mekanisma yang dengannya seseorang itu sampai kepada
ALLAH. Keadaan ini mendalamkan iman. Persoalan emosi “maqam ar-roh”
termasuklah sombong, megah kurang konsentrasi, pening-pening, sikap tidak
bersungguh-sungguh dan kadang-kadang menghina orang lain. Inilah penyakita-penyakit
dalam maqam ini tetapi bukanlah perangai orang yang seimbang dalam maqam
ini. Ketidakseimbangan ini boleh terjadi apabila orang itu belum lagi
sampai ketahap yang seluruhnya bebas dari kehendak-kehendak nafsu.
Suatu ketika apabila seorang ahli sufi yang
sangat terkenal pada zamannya iaitu Syeikh Abdul Qadir Jilani r.a telah
dianggap orang sebagai syeikh kerohanian yang besar, didatangi suatu
lembaga yang mahu merosakkan akidah beliau dengan memberitahu yang beliau (
Syeikh Abdul Qadir Jilani ) sekarang tidak perlu lagi bersolat kerana
beliau telah mencapai maqam yang tinggi. Tetapi dengan pimpinan ALLAH S.W.T
dan ketinggian ilmu beliau. Syeikh Abdul Qadir Jilani telah membaca
sepotong ayang Al-Qur’an yang menunjukkan bahawa lembaga itu sebenarnya
syaitan. Ini menunjukkan bahawa makin jauh seseorang itu mengembara dalam
jalan tareqat kerohanian maka makin banyak dia digangu oleh syaitan.
Setengah dari ketidakseimbangan dalam maqam ini
mudah dikawal, tetapi setengahnya tidak. Satu daripada sifat yang paling
sukar dan bahaya ialah sombong atau bongkak. Inilah sikap yang suka memuji
diri sendiri. Dia akan berkata, “Aku lebih baik daripada orang lain. Aku
solat sepanjang hari, aku berpuasa, aku takafur. Aku melihat semua orang
seperti sampah. Mereka semuanya berdosa.” Tetapi sikap ini bahaya, kerana
ini mengotorkan kesucian kerohaniannya. Perlu diingati setiap orang maju
kesatu tahap tertentu dalam perjalanan kerohanian dengan izin ALLAH. TIDAK
KIRA BAGAIMANA TENGGELAMNYA SESEORANG ITU DALAM KEHIDUPAN DUNIA INI NAMUN
DIDALAM JIWA MEREKA MASIH TETAP ADA PANCARAN KETUHANAN. Mereka juga boleh
maju. Orang-orang dijalan lurus yang tulin tidak akan mencaci orang lain.
Sepatutnya mereka yang belum sedar itu dipimpin keluar dari jalan yang
sesat masuk ke jalan yang benar dan lurus.
Ada sedikit masalah jasmaniah (fizikal) yang
berkaitan dengan maqam roh ini, termasuklah mabuk sendiri (akibat malas
bernafas yang keterlaluan), beberapa jenis ransangan urat saraf, keletihan,
selera tidak normal dan juga demam.
Ada dua bentuk demam: pertama , terjadi dalam
maqam nafsu. Hati jasmani itu panas yang ditimbulkan oleh badan kerana
menapis dan memproses kotoran yang berlebihan. Demam jenis yang kedua
terjadi dalam maqam yang diatas lagi dan ini merupakan pembersihan rohani
yang dalam yang menyebabkan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w “Dosa itu
jatuh berguguran seperti daun yang gugur dari pokok”. Demam ini membakar
kotoran do peringkat roh. Bahkan sebahagian daripada nabi-nabi pun
tertakluk pada demam-demam. Orang soleh yang mengalami demam pada peringkat
ini bukanlah sedang dirawat kerana perbuatan dosa mereka. Seorang ahli sufi
pernah berkata , “Pada awalnya anda taubat daripada lupa kepada ALLAH
walaupun satu saat”. Keadaan inilah yang dirawat dalam “maqam ar-roh”.
Ada juga terjadi orang dalam maqam ini menjadi
gila jika ia tiada guru. Mereka mungkin jatuh ke jurang “khayal sendirian”.
Wahai orang-orang yang mencari, janganlah kamu hanya rehat di satu-satu
maqam saja atau menyangka kamu tidak akan jatuh balik ke maqam yang di
bawah.
Apabila tabib kerohanian merawat seseorang
pesakit maka jelaslah bahawa beliau memberi rawatan yang berbeza.
Waliyullah dirawat dengan cara yang lain dan orang biasa dirawat dengan
cara yang lain, walaupun mereka mengatakan mereka mempunyai penyakit yang
sama. Demam contohnya.
Persoalan yang mungkin timbul adakah seseorang
itu boleh bertindih atau beselisih maqam. Ini tidak berlaku. Maqam itu
ialah tempat berhenti rehat. Oleh itu, apabila seseorang itu masuk ke satu
maqam, ia akan berada di situ hingga meninggal dunia atau hingga naik ke
maqam atas lagi atau undur balik ke maqam yang dibawah. Walau bagaimanapun
ada banyak keadaan tau hal yang terjadi dalam sesuatu maqam. Hal bermaksud
“pertukaran” dan dikaitkan juga perkataan ini melalui bunyi kepada hal yang
bererti melepas ikatan atau melarutkan. Dalam pengertian ini, seseorang itu
hilang pengaruh deria seperti dzauk semasa mereka berzikir hingga
kadang-kadang mereka jatuh tidak sedar diri dan dapat memandang seketika
kealam hakikat dan makrifat.
MAQAM AS-SIRR
Maqam keempat ialah “maqam as-sirr”. Inilah
maqam rahsia-rahsia Ketuhanan. Perkataan sirr (banyak: asrar) adalah
berkenaan dengan rahsia paling besar, yang tidak dapat difikirkan, dan
apabila dialami sukar dipercayai. Perkataan ini juga mempunyai maksud yang
lain, misalnya bersatu, bahagian tengah atau paling baik pada sesuatu,
tanah paling kaya, akar, asal dan pusara.
Inilah maqam yang dimaksudkan oleh ALLAH dalam
firman-Nya , “Ada hamba-hamba-Ku yang tertentu yang tidak berhenti-henti
berusaha menghampiri-Ku dengan ibadat-ibadat sunat sehingga Aku menjadi
mulut yang dengannya mereka berkata-kata, mata yang dengannya mereka
melihat, telinga yang dengannya mereka mendengar, tangan yang dengannya
mereka memegang dan kaki yang dengannya mereka melangkah”. Mereka yang
bernasib baik dalam maqam ini diletakkan di tempatnya masing-masing. Mereka
diberi kuasa pendengaran batin iaitu daya luar biasa pendengaran dan dapat
membaca fikiran orang lain. Malaikat datang kepada mereka dengan perkhabaran-perkhabaran
dari alam ghaib.
Suatu hari orang bertanya kepada Nabi Muhammad
s.a.w. “Untuk apakah alam semesta raya ini dijadikan ALLAH? Bagaimanakan ia
wujud?”.
Nabi menjawab, “Aku tidak tahu jawapannya. Aku
akan bertanya dulu kepada Malaikat Jibril”.
Nabi pun bertanya kepada Jibril yang memberi
jawapan demikian, “Aku tidak tahu, aku akan bertanya kepada ALLAH”.
Lalu Jibril pun bertanya kepada ALLAH S.W.T.
kemudian ia kembali membawa firman ALLAH. “Kami ciptakan langit hanya untuk
memberi pemandangan yang indah-indah dan untuk hiburan bagi makhluk, dan
untuk mempamirkan keagungan dan kekuasaan Kami dan diciptakan
bintang-bintang yang berkelipan untuk mempertingkatkan jiwa makhluk dan
mengembirakan mereka dan menyebabkan mereka kagum dan terpesona dengan
ciptaan ALLAH S.W.T.”
Apabila ALLAH ditanya bagaimana Dia membuat
semua ini, Jibril melaporkan bahawa ALLAH berfirman, “Aku tidak jadikan
manusia itu berupaya untuk mengetahui bagaimana Aku buat semua itu. Walau
Aku beritahu kepadamu, kamu tidak akan faham tetapi tatkala bercerai nyawa
dengan badan, tatkala itu hijab telah tersingkap, kamu akan melihat
bagaimana ia dibuat dan kamu akan hairan dan takjub dengan
kebijaksanaan-Ku. Akulah pencipta yang paling baik. Sebagaimana Aku jadikan
langit itu dengan rumit dan komplek sekali, maka bergitu jugalah Aku
menjadikan diri manusia itu lebih hebat dan rumit lagi”.
Nabi Muhammad s.a.w yang sudah pasti berada di
maqam yang paling tinggi dapat menerima perkhabaran sedemikian. Peringkat
yang tinggi dan anugerah ini tidak dicapai oleh orang biasa.
Orang yang masuk ke “maqam as-sirr” telah lulus
ujian yang paling sukar dan mereka tidak lagi mencari aspek kehidupan yang
ditunggangi oleh hawa nafsu. Mereka tidak lagi berusaha mencari kemasyuran,
kekayaan atau keghairahan perasaan. Mereka hidup kerana ALLAH dan untuk
ALLAH. Mereka berhubung rapat dan mesra dengan ALLAH dan dengan penghuni
langit. Namun mereka tetap manusia biasa. Beberapa kejadian fizikal dan
emosi memang ada terjadi pada peringkat ini. Tidaklah benar mengatakan
kejadian-kejadian ini sebagai “penyakit” tetapi adalah ketidakseimbangan
atau sampingan yang menyebabkan seseorang turun dari peringkat ini atau
menjadi lemah dalam maqam ini dan tidak berterusan lagi untuk mencapai
tujuan atau matlamat iaitu ALLAH S.W.T. Ketidak seimbangan utama “maqam
as-sirr” ini termasuklah penafsiran palsu tentang fenomena (kejadian luar
biasa) Ketuhanan, tidak rasional, kurang minat dengan kehidupan duniawi,
sakit hati dan jasmani serta rasa membara hati jasmani.
Seseorang yang berada dalam maqam di bawah tidak
boleh biasanya melompat beberapa maqam diatasnya. Diumpamakan seorang
kanak-kanak boleh memandu basikal tetapi tentu tidak mampu memandu kapal
terbang. Ini bukan bererti hendak merendah-rendahkan kanak-kanak itu dan mengagung-agungkan
juruterbang itu. Tetapi seseorang yang telah mencapai maqam tertentu boleh
berfungsi dalam maqam-maqam dibawahnya dan memahami maqam-maqam itu.
Seperti juga seorang juruterbang yang boleh menunggang basikal diwaktu
kanak-kanak boleh untuk terus menunggang basikal pada waktu dewasanya.
Penipuan diri sendiri yang dimaksudkan dalam
maqam ini adalah keadaan (hal) maqam ini. Tetapi hal adalah ragam (mode)
iaitu penipuan diri sendiri ini menzahirkan bentuknya. Perlu diingat, bukan
setiap orang dalam maqam ini dan lain-lain maqam akan mengalami semua
fenomena yang mungkin berlaku dalam sesuatu maqam itu.
Kejadian fizikal yang berlaku dalam “maqam
as-sirr” ini ialah demam, perasaan susah bernafas dan kadang-kadang rasa
lemas. Ini terjadi kerana untuk sampai keperingkat ini memerlukan
bertahun-tahun lamanya menjalankan amalan bernafas. Ketidak seimbangan
boleh terjadi jika amalan ini dibuat secara tidak betul atau terlalu
banyak. Tambahan pula bukanlah perkara yang luar biasa di peringkat ini seseorang
itu diganggu oleh kejadian-kejadian alam ghaib. Gangguan jin adalah satu
contoh. Jin boleh mengganggu manusia di mana-mana pereingkat, bahkan bayi
yang baru lahir sekalipun. Dalam keadaan demikian, pelbagai jenis amalan
rohaniah yang melibatkan pernafasan digunakan sebagai penawarnya.
Sumber penting amalan bernafas ini ialah
Al-Qur’an. Pelbagai permulaan dan perhentian nafas terdapat dalam Al-Qur’an
dan pembacaannya pun berperingkat hingga ke sebelas peringkat. Vokal (huruf
saksi) atau denyutan yang biasa dalam pembacaan. Miskipun hanya beberapa
orang yang pada amalinya boleh membaca diperingkat yang tinggi . kita boleh
mendengar pembacaan sampai dua minit dengan satu nafas dan gerak melalui 4
atau 5 deretan oktaf iaitu enam nada bunyi.
MAQAM AL-QURB
Di atas maqam as-sirr ialah maqam “al-qurb”.
Erti ‘qurb’ ialah “kehampiran” dan juga membawa pengertian datang hamper,
menuju, kejiranan, persaudaraan dan pertalian. Orang dimaqam ini
sesungguhnya menikmati kehampiran dengan ALLAH yang Maha Tinggi. Di situlah
langit yang paling tinggi, mengandungi ‘Arasy atau siggahsana ALLAH S.W.T
Orang yang menduduki maqam ini mempunyai pandangan yang tinggi dan nampak
sekalian alam makhluk dan juga memandang kea lam akhirat dan alam tempat
bentuk-bentuk makhluk yang lain tinggal.
Di peringkat ini sangat sedikit
ketidakseimbangan atau kesusahan dari segi kesihatan dan dari segi
penyakit. Namun ketidakseimbangan yang sedikit itu mungkin jadi amat teruk.
Satu dari hal dalam maqam ini ialah dzauk yang melampau. Orang yang dikuasai
oleh hal ini digelar majdhub. Orang seperti ini hamper semua minat atau
perhubungan dengan dunia ini. Mereka dalam keadaan gembira sepanjang masa (
gembira yang tidak dapat ditafsirkan oleh orang biasa ). Mereka tidak
perduli sama ada mereka tidur,makan atau berpakaian. Mereka mabuk dengan
ALLAH dan terserap dalam Yang Dikasihi (iaitu ALLAH).
Bergitu ganjil keadaan mereka yang berada di
maqam berhampiran itu. Mereka melihat realiti dari peringkat yang lain dan
jauh berbeza dari orang biasa. Keadaan ini sangat mengasyikkan dan sangat
indah dalam cara dan tingkatnya sendiri tetapi ia bukan tujuan atau
matlamatnya. Sebenarnya tidak perlu berada terus selama-lamanya diperingkat
itu.
Ada orang dalam maqam ini tidak bercakap lebih
20 tahun lamanya. Mereka tenggelam dalam keadaan atau hal itu hingga tidak
ada selera bendak berkata-kata taupun tidak mampu berhubung dengan orang
lain. Lain-lain ketidakseimbangan dalam maqam ini ialah mereka dikuasai
oleh perasaan lupa dan kadang-kadang seperti orang gila atau kurang siuman.
Ia lupa apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sebahagian daripada amalan
peringkat ini ialah tafakur nafas dan mental. Hal seperti ini mungkin
melampau dan keterlaluan hingga dia hilang ingatan lansung. Walau bagaimana
pun jarang-jarang berlaku.
Banyak persamaan diperhatikan antara orang dalam
peringkat kerohanian ini dengan orang yang berpenyakit mental. Orang
mungkin menganggap mereka gila belaka. Kita perlu ambil kira tentang
ketidakseimbangan roh jika hendak menganalisa keadaan mereka itu.
Satu persoalan yang belum disebut lagi tetapi
terjadi dalam semua maqa ( lebih bahaya diperingkat maqam kehampiran )
ialah MENTUHANKAN DIRI SENDIRI, mengatakan diri sendiri ialah ALLAH.
Naq’uzu-biLlah. Satu lagi ketidak seimbangan yang terjadi di dalam maqam
ini ialah TIDAK PERCAYA KEPADA ALLAH.
Semakin tinggi dan semakin jauh seseorang itu
naik dalam evolusi rohaniah ini, maka makin banyak ujian dan cubaan. Orang
di peringkat ini telah lama memendamkan kehendak-kehendak nafsu badaniah
dan mereka berjaya membimbing orang lain kejalan yang benar dan betul, dan
oleh itu tentu sekali hebat diganggu syaitan, jin dan iblis.
Ada orang mengaku bahawa dia bercakap-cakap
dengan ALLAH dan menerima bimbingan secara lansung daripada ALLAH.
Sepatutnyalah kita sedar ALLAH berhubung dengan insan melalui malaikat
Jibril, kecuali nabi Musa a.s. banyak amaran oleh mereka-mereka yang arif
dan terdahulu merempuhi batasan ini tentang bahaya menganggap diri sendiri
telah cukup kuat menentang tipu daya iblis dan syaitan atau manusia yang
berwatak iblis. Syeikh Junaid r.a pernah berkata, “Orang yang mengambil
dirinya sebagai guru adalah mengambil syaitan sebagai gurunya.”
MAQAM AL-WISAL
Ada satu maqam lagi iaitu yang terakhir ialah
maqam “al-wisal” iaitu bersatu dengan ALLAH. Disini ALLAH dengannya ibarat
yang mengasihi dan yang dikasihi. Bersatu dan berpadu dalam satu wujud
sepanjang masa. Maqam ini tidak mampu dicapai dengan usaha dan amalan apa
sekalipun. Ianya hanyalah hadiah dari ALLAH semata2. aLLAH yang menentukan
dan memilih siapa yang dikehendaki-Nya, untuk mencapai maqam ini.
Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahawa Nabi pernah bersabda:
“Di kalangan hamba-hamba Allah, ada 300 orang
yang mempunyai pertalian dan perkaitan yang khusus dengan Allah dan hati
mereka serupa dengan hati Nabi Adam a.s. 7 orang dengan hati yang serupa
dengan hati Nabi Ibrahim a.s. 5 orang dengan hati yang serupa dengan hati
malaikat Jibril a.s. 3 orang dengan hati yang serupa dengan malaikat
Mikail. Seorang dengan hati yang serupa dengan hati malaikat Israfil.
Apabila yang seorang itu meninggal dunia, seorang daripada yang lima itu
akan menggantikan tempatnya. Apabila seorang dari yang 5 itu itu mati,
seorang dari yangpada yang 7 orang itu akan menggantikan tempatnya. Apabila
seorang daripada yang 7 itu meninggal dunia, seorang daripada yang 40 orang
itu mengantikan tempatnya. Apabila seorang daripada yang 40 orang itu
meninggal dunia, seorang daripada yang 300 orang itu akan mengambil
tempatnya. Apabila seorang daripada yang 300 orang itu meniggal dunia,
seorang daripada manusia umumnya menggantikan tempatnya. Oleh itu, demi
mereka, ALLAH Taala mentadbir hidup, mati, turun hujan, menjadikan dan
menghindarkan manusia dari malapetaka”
Tiga ratus orang itu tersenyum sepanjang masa
dan tidak ada kaitan dengan hal-hal keduniaan. Mereka tidak perlu makan,
minum tau tidur. Mereka telah melampaui batas-batas manusia biasa dan
mereka boleh mengembara kemana sahaja di muka bumi dan di langit. Dalam
sejarah manusia di muka bumi ini hanya beberapa orang sahaja yang telah
sampai ketaraf atau tingkat ini. Sukar hendak diperihalkan dengan
perkataan. Itulah matlamat ujud ini. Ini menyentuh janji yang kita buat
dengan ALLAH sebelum kita dilahirkan kedunia nyata ini.
Orang-orang yang digelar Wali yang bererti “rakan
ALLAH yang dikasihi-Nya”. Merekalah yang sebenarnya Khalifah ALLAH di muka
bumi ini. Biasanya mereka tidak dikenal umum. Mereka ini diberi pengetahuan
tentang hakikat kejadian alam semesta raya dan hal ehwal kemanusiaan.
Merekalah yang ALLAH gunakan untuk menzahirkan “Perencanaan Ketuhanan” di
muka bumi ini. Alat yang mereka gunakan ialah ma’rifatullah (mengenal dan
mengetahui ALLAH).
Hanya sesiapa yang tergolong dalam bilangan 300
orang tersebut sahaja yang boleh dianggap sebagai ahli sufi yang tulen.
Bagi yang lainnya itu barulah diperingkat peminat Kesufian sahaja.
Apabila sampai ke maqam ini tiadak ada lagi
sakit fizikal (badan). Hanya satu kejadian fizikal sahaja yang tinggal
iaitu cara meninggal dunia. Biasanya orang di peringkat ini bukan meninggal
dunia kerana penyakit. Mereka diberitahu masa yang tepat untuk meninggalkan
dunia ini dan dengan itu bolehlah membuat persediaan menghadapi maut.
Sunggup pun dia mengetahui masa untuk meninggal dunia tetapi beliau tetap
membuat kerja-kerja harian seperti biasa sahaja dengan penuh kesedaran
hinggalah tiba waktunya dia menggadap yang Maha Pencipta.
Bagi orang seperti ini, saat-saat meninggal
dunia itu adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu dan dirindui, bahkan
seperti hari keraian kerana mereka telah melepaskan hubungan dengan dunia
ini melalui dzauk dan perasaan mereka. Mereka telah mengembara kealam
kerohanian dengan roh mereka. Badan di bumi tetapi roh mereka menjelajah
kea lam-alam lain. Tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu dan menentang
mereka. Orang seperti ini bebas daripada kesulitan dan permasalahan
duniawi.
Kesimpulannya ialah. Ketaatan dan kehendak ALLAH
jualah roh itu maju dari maqam permulaan (maqam an-nafs) hingga kemaqam
akhir (maqam al-wisal). Cara untuk melangkah dari tingkatan rendah ke
tingkatan tinggi itu ialah dengan melawan dan mengawal hawa nafsu. Dalam
usaha ini ada amalan tertentu yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T untuk
menghasilkan kesan yang paling tepat , cepat dan cemerlang.
Banyak halangan dan rintangan dalam usaha kita
hendak berjalan dalam perjalanan ini. Ego atau diri kita itulah ujian yang
paling besar. Diri itulah percubaan yang paling besar. Mungkin kita bangun
daripada tidur dengan keazaman hendak menumpukan hati (konsenterasi) kepada
fikiran-fikiran yang paling suci, paling diberkati dan paling tinggi.
Tetapi apa yang berlaku ialah kita mendapat panggilan telifon dari tempat
kerja yang mengatakan kita telah hidalang pekerjaan, atau salah seorang
pekerja di perusahan kita memberitahu yang kita telah mengalami kerugian beribu-ribu
ringgit dan sebagainya. Kita pun hilang konsenterasi. Hanya pada malamnya
kita kembali teringat pada keazaman kita tadi paginya.
Oleh yang demikian, kita mistilah selalu
mengingati semula dan mengatakan niat kita itu. Pada mulanya memang sukar tetapi
lama-kelamaan, lebih mudah dari yang kita bayangkan. Dan ianya menjadi
kebiasaan kepada kita, kebiasaan yang paling positif. Akhirnya kita tidak
akan mudah terlalai lagi dari keazaman untuk satu penhijrahan yang terbaik
itu.
Seseorang itu tidak boleh melakukan
amalan-amalan kerohanian ini bersendirian atau menurut logik akal fikiran
sendiri sahaja. Bahayanya banyak. Inilah sebabnya kenapa memerlukan guru
yang hidup untuk membimbing sepanjang masa.
Perihal maqam-maqam roh yang di tulis di sini
hanyalah ringkasan sahaja. Sebenarnya hasil yang berkesan hanyalah dating
dari ilmu,amal yang istiqomah dan mujahadah yang bertahun-tahun lamanya.
Oleh itu mereka yang sampai ke terakhir - iaitu bersatu dengan ALLAH –
adalah orang-orang pilihan ALLAH. Merekalah Wali ALLAH. Pada pandangan
ALLAH mereka adalah kekasih, tetapi tidaklah melebihi para-para nabi itu.
Dan mereka sendiri tidap pernah mengaku menjadi nabi atau setaraf
dengannya. Mereka berdiri sebagai taulan bagi mereka yang berjalan menuju
ALLAH dan sumber inspirasi bagi mereka yang ingin mendaki kepuncak
kerohanian insan.
Bagi mereka yang ingin mencapai tujuan tersebut
patuhilan seikhlas-ikhlasnya nasihat dan pimpinan kasih sayang dari Yang
Maha Agung. Maha Terpuji, Maha Besar, Maha Mulia, Tuhan bagi malaikat dan
roh, Maha Tinggi Kemuliaannya iaitu ALLAH S.W.T/ Al-hamdu Lillahi Tabbil
‘Alamin.
“Akhir kata saya bertaubat kepada Allah Yang
Maha Pengampun jika terdapat kesalahan dan kesilapan dari salinan dan
olahan saya, sehingga menyebabkan salah tafsiran bagi pembaca sekelian.”
|